suria

Kerajaan Negeri Salur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran HSA

BANDUNG: Kerajaan negeri Johor akan menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi Selasa.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata kerajaan negeri turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan merasa terharu dengan kejadian tersebut.

"Kita akan menyalurkan bantuan yang bersesuaian kepada kelurga mangsa dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau sedang menghadiri Persidangan Antarabangsa Rangkaian Penyelidikan Karbon Rendah Asia.

Enam pesakit dilaporkan maut dan seorang lagi terselamat dalam kebakaran itu yang berlaku di tingkat dua wad Unit Rawatan Rapi HSA pada 8.56 pagi.

Sementara itu Ayub berkata pihaknya mengalu-alukan hospital swasta yang sedia menghulurkan bantuan bagi penempatan sementara pesakit hospital tersebut yang perlu dipindahkan segera.

"Buat masa ini kita lebih memberi tumpuan kepada usaha menyelamatkan mangsa dan punca kebakaran masih belum dikenal pasti oleh pihak bomba," katanya.-- Bernama


Johor, HSA, Ayub Rahmat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain