suria

Jom Meriahkan Pertandingan Kucing Hujung Minggu Ini

PETALING JAYA: Sempena sambutan Hari Haiwan Sedunia tahun ini, Kelab Kucing Malaysia (KKM), mengadakan pertandingan kucing antarabangsa dan haiwan kesayangan, di ruang legar Medan Mara pada hujung minggu ini.

Pertandingan kali ini dengan tema ‘berbuat baik kepada haiwan dan saling mengambil berat’  bertujuan untuk menimbulkan kesedaran masyarakat terhadap haiwan seperti kucing.

Presiden KKM, Khalid Rashid berkata, pertandingan kucing yang akan berlangsung selama dua hari ini boleh terbuka untuk penyertaan orang ramai sehingga Khamis.

“Pertandingan pada Ahad ini akan memfokuskan kucing Parsi. Kita ingin memaklumkan kepada orang ramai tentang kucing Parsi yang asli mengikut piawaian persatuan kucing sedunia,” kata 

Bukan sahaja menumpukan perhatian kepada kucing, antara haiwan kesayangan lain yang akan memenuhi ruang legar acara itu adalah arnab, ikan, tikus, ayam, burung, gecko dan sebagainya.

Katanya, pelbagai aktiviti menarik akan berlangsung sepanjang dua hari itu termasuk pertandingan meniru aksi dan gaya kucing, menghiasi kek gambar kucing serta pengambilan kucing angkat.

Tambah beliau lagi, artis terkenal tanahair akan turut memeriahkan pertandingan dan menjual koleksi peribadi bagi mengisi tabung rumah tumpangan kucing serta rumah anak yatim.

“Kami mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai, seperti barangan dapur untuk diberikan kepada pihak yang memerlukan,” kata Khalid.

Pertandingan ini hasil kerjasama Persatuan Artis dan Pengiat Seni Malaysia, Pengurusan Medan Mara dan produk makanan haiwan, Power Cat.

Artikel Lain