suria

Kanak-Kanak Lelaki Lemas Selepas Tergelincir Di Sungai Manal

TANAH MERAH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun mati lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Manal di sini, Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah Penolong Penguat Kuasa Bomba Hanafi Mohamad berkata mayat Mohd Alif Riduan, yang berasal dari Kampung Manal, ditemui kira-kira 4 petang oleh sepasukan anggota penyelamat kira-kira satu kilometer dari tempat dia terjatuh.

Ketika dihubungi Bernama di sini malam Selasa, Hanafi berkata siasatan awal mendapati mangsa bermain di tepi sungai tersebut bersama beberapa rakannya yang berusia antara sembilan dan sepuluh tahun pada pukul 12 tengah hari.

"Mangsa yang terjatuh ke dalam sungai dikatakan sempat berpaut pada sebatang pokok sebelum dihanyutkan arus deras sungai tersebut.

"Kami menerima panggilan pada pukul 3.20 petang sebelum tiba di tempat kejadian tujuh minit kemudian bersama lima anggota," katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat, katanya. - BERNAMA

lemas, Sungai Manal

Artikel Sebelum

Artikel Lain