Pada pukul 11.30 pagi, RapidKL mengesahkan bahawa perkhidmatan tren laluan Kelana Jaya telah disambung semula seperti biasa.
"Kerja-kerja di landasan selesai antara stesen Universiti ke Abd Hukum, perkhidmatan kembali normal ke arah Gombak," tulis myRapidKL di Twitter.
Terdahulu, dilaporkan bahawa kerja-kerja di landasan yang tidak dirancang di laluan LRT Kelana Jaya antara stesen Universiti dan Abdullah Hukum telah memperlahankan perkhidmatan tren dari kira-kira pukul 9.45 pagi Rabu.
Tren dari Gombak berakhir di KL Sentral untuk berpatah balik, menurut maklumat di Twitter, dengan kerja-kerja dijangka akan memakan masa satu jam untuk disiapkan.
Pelanggan di platform yang membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan mereka boleh mendapatkan bayaran balik di kaunter perkhidmatan pelanggan.