suria

Wanita Hilang Ditemukan Selamat Di Kajang

GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Seorang wanita yang dilaporkan hilang kira-kira 48 jam lalu akhirnya ditemukan selamat pada lewat Ahad.

Mangsa, Asotha Munusamy hilang sejak 2 Disember lalu selepas dia sepatutnya diambil menantu lelakinya di Terminal Bersepadu SElatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan.

Asotha yang menaiki bas dari Johor pada hari tersebut, difahamkan memiliki rekod kesihatan mental.

Dia datang ke Kuala Lumpur untuk menjalani pemeriksaan bulanan di Hospital Kuala Lumpur.

Wanita berkenaan yang berusia dalam lingkungan 60-an, menaiki bas dari Pagoh dan sepatutnya bertemu dengan menantunya di stesen bas berkenaan.

Anak perempuannya, Santanam Mery Peruma, 27, mengesahkan ibunya ditemukan pada lewat Ahad.

"Polis memaklumkan dia ditemukan di Hospital Kajang.

"Saya bertemu dengannya dan dia berada dalam keadaan baik. Saya bersyukur dengan ibu saya ditemukan semula," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain