suria

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Gempa Banda Acheh

Masjid yang dalam proses pembinaan ranap akibat gempa bumi yang melanda awal pagi Rabu di Banda Acheh.

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam bencana gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter di Banda Acheh, Indonesia, Rabu.

Menurut kenyataan Wisma Putra, seramai 428 penuntut di Banda Acheh dilaporkan dalam keadaan selamat. 

Warganegara Malaysia yang berada di sekitar kawasan terjejas dan memerlukan bantuan konsular dinasihatkan untuk berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan di Jalan P. Diponegoro No. 43, Medan 20152 Sumatera Utara, Republik Indonesia. 

Konsulat Jeneral Malaysia di Medan juga boleh dihubungi di talian +62614531342/4535271/4523992 atau e-mel kepada [email protected]

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Wisma Putra di talian 03-88874530 atau 03-8874570 (selepas waktu bekerja). 

Menurut Wisma Putra pihaknya menerima laporan bahawa seramai 25 orang terkorban dan 26 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi awal pagi itu. -- Bernama 

Banda Acheh, Medan, Wisma Putra

Artikel Lain