Jurucakap Plus Malaysia Berhad berkata trafik perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dari Sungai Perak ke Terowong Menora, Simpang Pulai ke Gopeng, Gua Tempurung ke Tapah dan Tanjung Malim ke Lembah Beringin.
"Trafik juga perlahan dari Pagoh ke Bukit Gambir, Senawang ke Port Dickson dan Putra Mahkota ke Bangi.
"Keadaan trafik dijangka perlahan sehingga tengah malam ini," katanya ketika dihubungi di sini Isnin.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.