suria

Pengarah Operasi Khas SPRM Pilih Bersara Awal

PETALING JAYA: Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zain menamatkan khidmatnya dengan agensi itu apabila memilih untuk bersara awal.

Berpengalaman lebih 30 tahun berkhidmat dengan agensi pencegahan rasuah itu, Bahri, 58 pernah terlibat dalam siasatan bekas anak syarikat 1MDB.

Sumber berkata, pegawai kanan SPRM itu memilih bersara awal walaupun tempoh perkhidmatannya berbaki kira-kira tiga tahun lagi.

"Persaraannya berkuatkuasa Jumaat lalu, bagaimanapun beliau tidak hadir pada majlis perpisahaan yang diadakan untuknya," demikian menurut sumber suruhanjaya itu.

Bahri yang menerajui BOK yang ditubuhkan pada April 2010 bagi menyiasat kes berprofil tinggi terlibat dalam siasatan kes  SRC International (SRC).

Sumber memberitahu, kekecewaan Bahri terhadap aspek siasatan kes yang dikendalikannya dikatakan antara faktor beliau memilih untuk bersara awal.

Setakat ini belum dapat dipastikan siapa yang akan mengisi kekosongan jawatan Bahri di bahagian berkenaan.

Bahri, SPRM, BOK

Artikel Lain