China sedang mara dan tiada siapa yang dapat menghalang mereka.
"Di merata dunia, China membuat pelaburan, menjalin kerjasama dan membeli aset, berbeza dengan sebelum ini. Ia merupakan suatu fenomena yang negara seperti Malaysia patut terima atau akan ketinggalan dan lenyap," kata Salleh dalam catatan melalui blognya http://sskeruak.blogspot.my/ Ahad.
Beliau berkata Malaysia maklum bahawa selain mempunyai kebaikan, globalisasi juga mewujudkan dunia tanpa sempadan dan bermakna berakhirnya perlindungan.
"Janganlah mengharapkan FDI atau wang mengalir masuk ke negara anda, tetapi tidak bersedia untuk melepaskan kawalan terhadap aset tertentu.
"Inilah realiti 'dunia baharu' dan Mahathir perlu menyedarinya. Alternatif lain ialah mengamalkan dasar pintu tertutup dan melangkah ke belakang serta terus miskin," katanya.