Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan semua Perjanjian Persefahaman (MoU) termasuk berkaitan dengan jenayah rentas sempadan tetap diteruskan.
"Dari segi jangka panjang, walaupun presiden bertukar tapi dasar dan kerjasama yang dimeterai sebelum ini seperti pencegahan jenayah terus berjalan," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Persekolahan dan Hadiah Kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah di sini hari ini.
Bilionair Amerika Syarikat berusia 70 tahun itu menggantikan Barack Obama selepas mengalahkan calon Demokrat, Hillary Clinton pada Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat, 8 Nov lepas.
Menjelas lanjut, Ahmad Zahid berkata kerjasama keselamatan yang terjalin antara Washington dengan Kuala Lumpur antara lain Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan agensi perisikan.
"Kita juga ada MoU bagi perpindahan banduan selain program radikalisasi untuk tahanan yang berkaitan dengan pengganas," katanya.