Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, mangsa berpakaian sekolah, terjatuh bersama beg sekolahnya.
"Mangsa dipercayai keluar dari rumah untuk ke sekolah tetapi telah pergi ke pusat beli-belah dan naik ke bahagian bumbung," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.
Beliau berkata siasatan ke atas mangsa mendapati tiada kesan lebam di tangan atau badan selain tiada saksi yang melihat kejadian.
Sum berkata pihak polis telah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pusat beli belah itu untuk membantu siasatan.