suria

Spekulasi Pilihan Raya Mengejut Di Sabah

Musa Aman

PETALING JAYA: Sabah kini dalam persiapan menjelang pilihan raya negeri yang dijangka diadakan awal April ini.

Difahamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju dengan cadangan itu, namun beliau meminta supaya penilaian dibuat sebelum keputusan diambil.

Penilaian 'rahsia' itu akan melibat sebarang kemungkinan risiko di 60 kerusi negeri.

Sumber terdekat memberitahu laporan itu akan siap bulan depan.

"Laporan positif  jelas bermaksud pilihan raya akan diadakan lebih awal," jelas sumber itu.

Tarikh sesuai bagi pilihan raya ini bergantung kepada perubahan yang sedang dijalankan dengan penambahan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah.

Cadangan untuk mengadakan pilihan raya berasingan telah timbul sejak Jun lalu selepas kejayaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Malah spekulasi terus tersebar apabila Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Musa Aman telah mengarahkan semua anggotanya untuk bersedia dan bekerja seolah-olah 'pilihanraya setiap hari'.

Presiden PBS Seri Seri Joseph Pairin Kitingan berkata kepada media kemungkinan akan ada kejutan dan "semua boleh berlaku".

Bagaimanapun, Musa meminta semua pihak supaya tenang dan tidak terlalu membuat spekulasi mengenai pilihan raya ini.

"Prerogatif akan dilaksanakan selepas perbincangan Ketua Menteri dengan Perdana Menteri.

"Saya yakin rakyat Sabah akan mengundi untuk kestabilan dan pembangunan yang berterusan," kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

SABAH, pilihan raya negeri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain