suria

Program NCIA Berjaya Tingkatkan Pendapatan Rakyat

Najib Tun Razak bersalaman dengan Mahmod Mat Saman serta para penerima manfaat dalam program-program berpaksikan rakyat oleh NCIA sambil disaksikan Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq (tiga, kiri) selepas mempengerusikan mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di Bangunan Perdana Putra pada Rabu. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Program sosial dan kemasyarakatan yang dikendalikan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) berjaya membantu rakyat meningkatkan pendapatan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi catatan terbaharu dalam laman blog rasminya, Perdana Menteri yang berkongsi kisah tiga individu yang memperoleh manfaat daripada program itu, berkata kisah mereka bukti terbaik mengenai prinsip 'Man jadda wajada', iaitu sesiapa yang berusaha akan mendapat apa yang diusahakannya.

"Salah seorang daripada mereka ialah penoreh getah Puan Lebar Abdullah. Melalui program SuriaKu, Puan Lebar dapat menjana pendapatan tambahan sebanyak RM250 sebulan dengan menjual tenaga elektrik bersih kepada Tenaga Nasional Berhad yang dijana oleh panel solar yang dipasang di rumahnya," kata Najib.

Bagi petani sepenuh masa, Ponvannan Murthy, Najib berkata Ponvannan berupaya meningkatkan pendapatan bulanan dari RM3,000 kepada RM9,000 selepas mendapat bantuan melalui latihan pra-kemahiran dengan kerjasama Yayasan Kemajuan Sosial Malaysia dalam bidang keusahawanan bagi pertanian dan kaedah fertigasi.

Sementara itu, Ahmad Shaupi Ismail, usahawan jeli kelapa yang mengikuti Program Pemerkasaan Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) oleh Pusat Inovasi Komuniti atau CIC berkenaan, turut berjaya menambah pendapatan bulanan sehinggaRM3,500.

Lima dari 21 penerima yang mendapat manfaat daripada program NCIA yang memberi tumpuan kepada rakyat, berkongsi kisah kejayaan mereka dalam satu sesi dengan Najib, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan menteri Kabinet yang lain di Putrajaya, pada Rabu. Foto: Bernama

Datuk Seri Najib Tun Razak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain