suria

Tekong, Seorang Kru Bot Hilang Ditemui Selamat

KOTA KINABALU: Tekong dan seorang kru bot yang dilaporkan hilang bersama 28 pelancong China pada hari pertama Tahun Baharu Cina telah ditemui selamat.

Timbalan Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah dan Labuan, Kapten Maritim Rahim Ramli berkata, keduanya ditemui di kawasan perairian antara Pulau Tiga dan Samarang berdekatan pelantar minyak.

Mereka ditemui pada kira-kira pukul 2 petang pada Ahad.

Operasi mencari masih diteruskan untuk menyelamatkan 28 penumpang warga asing itu dan seorang kru bot berkenaan.

Bot itu yang belayar dari jeti Tanjung Aru pada pukul 9 pagi, Sabtu dalam perjalanan ke Pulau Mengalum dilaporkan hilang pada kira-kira pukul 9.50 malam oleh pemiliknya.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat digerakan serta merta.


juragan, Pulau Tiga, Pulau Mengalum

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain