suria

SPRM Soal Siasat Adam Rosly

Adam tiba di pejabat SPRM Putrajaya pada Jumaat.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Rosly berhubung sumber kekayaannya pada Jumaat.

"Mereka menyoal siasat saya selama empat jam. Mereka bertanya mengenai banyak perkara, terutamanya sumber kekayaan saya.

"Saya memberikan segala yang diperlukan mereka untuk membuktikan bagaimana saya mengumpul kekayaan saya.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada SPRM di atas profesionalisme mereka. Mereka melakukan kerja dengan baik dan membuktikan mereka telus," kata Adam ketika ditemui pemberita di luar pejabat SPRM.

Musuh politik Adam, 28, mempertikaikan bagaimana beliau menjadi kaya pada usia muda tanpa melibatkan kegiatan rasuah.

Pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos mendakwa banglo mewah milik Adam di Ampang bernilai RM7 juta.

Namun perkara itu dinafikan Adam yang mengatakan ia hanya bernilai RM1 juta.

Adam berkata beliau memperoleh kekayaan menerusi warisan perniagaan keluarganya.

Adam Rosly, AMK, SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut