KUALA LUMPUR: Pembayar cukai boleh mengemukakan borang penyata cukai pendapatan individu (BNCP) bagi tahun taksiran 2016 menerusi e-Filing bermula 1 Mac, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Bagi Borang BE, pembayar cukai juga boleh mengemukakan borang itu menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet melalui aplikasi 'Mobile Filing' (m-Filing).
LHDN pada Rabu berkata, e-Filing dan m-Filing adalah aplikasi percuma untuk membolehkan pembayar cukai melengkapkan (ITRF) secara elektronik.
"Aplikasi berkenaan boleh diakses menerusi portal rasmi LHDN di http://www.hasil.gov.my/," kata agens itu menerusi kenyataan.
LHDN berkata, ia turut merangkumi Borang E di mana tarikh akhirnya penyerahannya adalah 31 Mac 2017; BE (30 April), manakala B dan P (30 Jun).
Bagi Borang BT, M, MT dan TF, tarikh akhir berbuat demikian ialah 30 April 2017 bagi yang tidak menjalankan perniagaan, dan 30 Jun bagi yang menjalankan perniagaan.