suria

Sepakat Pembangkang Adalah 'Pakatan Ali Baba'

Datuk Seri Najib Tun Razak. -fotoBERNAMA
SIPITANG: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kesepakatan pembangkang di Malaysia seperti 'pakatan Ali Baba' kerana tidak mempunyai persefahaman untuk memilih siapa bakal perdana menteri jika mereka mendapat kuasa.


Perdana Menteri juga menyifatkan pembangkang sebagai pelik kerana mereka hanya bersetuju untuk memilih timbalan perdana menteri, menjadi individu paling berkuasa, kerana dia yang akan menentukan siapa bakal perdana menteri.


"Yang paling peliknya timbalan perdana menteri yang akan memilih siapa yang akan jadi perdana menteri. Ini adalah ali baba, pembangkang adalah 'ali baba'," katanya ketika berucap merasmikan Lebuhraya Pan Borneo Sabah, di Sindumin dekat sini, Sabtu.


"Siapa yang akan jadi perdana menteri mereka belum tentukan. Siapa yang mahu jadi perdana menteri? (Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail), Datuk Seri Anwar Ibrahim, atau Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri; Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusuf dan timbalannya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Artikel Lain