Sarjan Mejar Suvinder Singh Indur Singh, 52, meninggal dunia selepas Toyota Camry yang dinaikinya merempuh penghadang pada pukul 6.24 pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Mohd Zani Che Din mengesahkan kejadian itu dan menambah, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.
Rakan-rakan dan ahli keluarga berkumpul di bilik mayat pada pagi Sabtu.