suria

Netizen Teruja Lihat Fenomena Belalai Air

GEORGE TOWN: Netizen pada Selasa berkongsi keterujaan menyaksikan fenomena belalai air atau pusaran angin yang muncul bersebelahan Jambatan Pulau Pinang di sini.

Kebanyakan netizen memuat naik gambar dan video fenomena itu yang berlaku kira-kira pukul 6 petang Selasa di laman media sosial.

Terdapat rakaman berdurasi 16 saat yang disebarkan menerusi laman Facebook dengan seorang netizen menyifatkan fenomena itu sebagai puting beliung.

Belalai air ialah fenomena puting beliung kecil yang berlaku di pesisiran pantai.

Fenomena itu bukanlah puting beliung kerana ia terjadi dalam skala yang sangat kecil dan berlaku dalam masa singkat lebih kurang seminit sahaja.

Ia biasa berlaku di kawasan persisiran pantai dan ia akan hilang apabila menghampiri permukaan darat.

Belalai air tidak membawa bencana kepada orang awam, namun ia boleh mendatangkan bahaya kepada bot dan kapal-kapal kecil di kawasan tersebut.

Artikel Lain