suria

Penumpang Terkandas Lapangan Terbang Sibu Ditutup

SIBU: Sejumlah penumpang terkandas berikutan Lapangan Terbang Sibu ditutup sehingga 10 malam Ahad.

Sebanyak 13 penerbangan tiba dan 12 penerbangan berlepas di Sibu membabitkan Malaysia Airlines dan AirAsia turut dibatalkan.

Ia berikutan insiden pesawat MAS MH2718 tergelincir sewaktu mendarat di Lapangan Terbang Sibu pada pukul 10.17 malam Sabtu selepas hujan lebat.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam satu kenyataan pada Ahad memberitahu bahawa penutupan itu bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap insiden dan melakukan kerja-kerja pembaikan pesawat.

Pada awalnya, rancangan tersebut untuk menutup lapangan terbang sehingga 10 pagi Ahad.

Pesawat Boeing 737-800 yang membawa 61 penumpang dan enam anak kapal tergelincir semasa mendarat.

Kesemua di atas pesawat selamat dibawa turun menerusi dua rakit gelongsor.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.

Punca kejadian sedang dijalankan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Difahamkan, pesawat berkenaan cuba untuk mendarat semasa hujan lebat.

Artikel Berikut

Artikel Lain