KANGAR: Seramai 22 pelatih St Nicholas''s Home For the Blind Pulau Pinang yang mengalami masalah penglihatan iaitu rabun berjaya menamatkan kayuhan berbasikal sejauh 160 kilometer dari pulau mutiara itu ke Perlis dalam program Going The Distance: Perlis Ride. Pasukan St Nicholas'' Tandem Cycling itu mengambil masa 14 jam untuk tiba di Arau dari Bagan Jermal. Mereka mula berkayuh 4.30 pagi Sabtu dengan diiringi pasukan sukarelawan dari dalam dan luar negara. Semalam mereka menyertai siri kayuhan ''MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf ke-23 Tahun 2017'' sejauh 18 kilometer di Arau yang singgah di tiga rumah asnaf dan surau As-Sobirin Kampung Gial untuk menyerahkan zakat MAIPs. Bank Mualamalat Malaysia Berhad (BMMB) juga mnyerahkan sumbangan RM2,000 kepada St Nicholas Homes. Tuanku Syed Faizuddin mengundang mereka berkayuh bersama baginda di Perlis semasa baginda bersama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil mengunjungi rumah amal tersebut dalam program anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis baru-baru ini. Dalam titah menyambut ketibaan pelatih tersebut, Tuanku Syed Faizuddin memuji ketabahan para peserta walaupun tidak dapat melihat dengan jelas namun mereka dengan penuh komitmen dan inspirasi sedaya upaya berusaha menamatkan kayuhan. -- Bernama