suria

Mangsa Kemalangan Putus Kaki, Tangan

Anggota bomba bertungkus-lumus untuk mengeluarkan tangan mangsa kemalangan yang terputus dalam kejadian di Lebuh Raya Utara-Selatan, pagi Khamis.

REMBAU: Sepasukan anggota bomba bertungkus-lumus mengeluarkan tangan mangsa kemalangan yang terputus dan tersepit dalam kejadian di kilometer 231.7, Lebuhraya Utara-Selatan, di sini, Khamis.

Dalam kejadian arah utara lebuh raya itu kira-kira jam 10 pagi itu, tangan kiri mangsa berusia lingkungan 20an disedari tersepit dan mangsa pula segera dikejarkan ke hospital bagi rawatan lanjut.

Menurut sumber, mangsa iaitu kelindan lori mengalami kecederaan parah susulan kemalangan berkenaan iaitu putus kaki kiri serta tangan kiri.

"Mangsa dikeluarkan oleh orang awam dan dikejarkan ke hospital oleh ambulans.  Pasukan bomba dihubungi susulan tangan mangsa masih tersepit dan gagal dikeluarkan," katanya.

Susulan insiden membabitkan dua buah treler berkenaan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau diketuai Pegawai Bomba Mohd Fairuz Abu Kasim dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan.

Mohd Fairuz berkata, sebaik tiba tangan mangsa dilihat tersepit di pintu lori yang mana bahagian berkenaan sudahpun tertanggal dari kepala lori.

"Kita mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit menggunakan perlatan khas dan turut mengutip cebisan organ mangsa," katanya, di sini.- Sinar Harian




Fairuz Abu Kassim, bomba, Rembau

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain