suria

85,467 E-Kad Sudah Dikeluarkan

Mustafar menasihatkan agar para majikan tidak menunggu saat akhir untuk mendaftarkan E-Kad. - Bernama

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen telah mengeluarkan 85,467 E-Kad dan mendaftar seramai 93,473 pendatang asing tanpa izin (Pati) sejak program yang membolehkan majikan membuat permohonan penggajian semula Pati dibuka pada 15 Februari lepas.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, ia membabitkan 14,541 majikan yang mendaftar permohonan E-Kad, dokumen yang berfungsi sebagai pengesahan sementara bagi menggantikan dokumen perjalanan sah.

"Namun kita dapati masih ramai majikan yang tidak mendaftarkan pekerja mereka yang berstatus Pati dan menunggu sehingga saat akhir untuk melakukannya.

"Ingin ditegaskan sepanjang tempoh pendaftaran E-Kad sehingga tarikh akhir 30 Jun depan, Jabatan Imigresen tetap melakukan operasi penguatkuasaan dan majikan yang berdegil bakal dikenakan tindakan yang tegas," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata jabatan itu telah mengadakan 5,944 operasi penguatkuasaan di seluruh negara dari awal Januari hingga 18 Mei lepas, yang menyaksikan seramai 63,421 warga asing diperiksa dengan 18,176 Pati dari pelbagai negara ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen. - Bernama

e-kad, Jabatan Imigresen

Artikel Sebelum

Artikel Lain