suria

JJPTR: 100,000 Mangsa Dari Luar Negara

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya suku daripada 400,000 mangsa yang melabur dalam skim permainan wang JJ Poor To Rich (JJPTR) adalah dari luar negara, kata polis.

Ketua Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani (gambar) berkata kepada The Star, jumlah pelaburan yang dibuat mencecah lima angka bagi seorang pelabur.

"Berdasarkan maklumat daripada perisikan polis, jumlah pelaburan terkecil adalah sebanyak RM4,500, namun ada juga individu yang melabur sehingga RM50,000.

"Malangnya, hanya 10 orang yang tampil membuat report polis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program pencegahan jenayah komersial di pusat beli-belah di sini pada Sabtu.

Katanya, mangsa terkini yang membuat laporan polis adalah dari Taiping, Perak.

"Tiga suspek masih ditahan dan kami sedang mengumpul lebih banyak bukti.

"Skim permainan wang bukanlah perkara baru di Malaysia tetapi masih ramai yang terpedaya dengan taktik penipuan seperti ini," ujarnya.

Pihaknya mendesak agar orang awam tidak lagi tertipu dengan skim pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi.

Jelasnya, tiada satu skim pun yang boleh menjamin pulangan pelaburan sebanyak 20 peratus seperti yang ditawarkan oleh JJPTR.

JJPTR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain