suria

Wang Tulen Atau Palsu?

PETALING JAYA: Rakaman video sekumpulan pelancong asing menggenggam beberapa ikatan mata wang ringgit Malaysia semasa menaiki sebuah bas persiaran baru-baru ini telah menimbulkan tanda tanya.

Menerusi rakaman itu, kelihatan seorang wanita yang memakai cheong sam putih dan topi kuning merakam video yang berdurasi selama 59 saat di dalam sebuah bas sambil bercakap kepada penumpang kenderaan itu, dipercayai pelancong dalam bahasa Mandarin.

Kemudian, seorang penumpang lelaki menunjukkan segenggam wang RM50 yang diikat menggunakan getah kepada kamera wanita itu sebelum aksinya itu ditiru pula oleh penumpang-penumpang lain.

Dalam pada itu, satu lagi rakaman video yang berdurasi 10 saat pula menunjukkan sebuah bilik dipenuhi dengan wang RM50 dan RM100 yang dikeluarkan daripada beberapa kotak.

Banyaknya wang...!

Dipercayai terdapat tiga individu termasuk lelaki yang merakam video tersebut berada di bilik berkenaan untuk menyusun semua wang itu.

Menurut seorang pengguna Facebook, Zaidi Saad, dia membuat terjemahan perbualan lelaki dalam rakaman video berkenaan menurut pemahaman bahasa Mandarin yang dipelajarinya.

"Esok dan lusa kami sekeluarga dari China akan pergi ke Malaysia untuk membeli emas. Tengoklah, inilah perbelanjaan kami," tulisnya.

Kata Zaidi, tidak dinyatakan sama ada wang tersebut adalah duit palsu dan dia meminta netizen agar mengelakkan diri daripada berprasangka buruk yang boleh mengundang fitnah.

Kedua-dua video rakaman itu mula tular selepas dikongsikan di Facebook 'Kaki Post' kira-kira 18 jam lalu dan sudah ditonton sebanyak 580,326 dan 107,653 kali.

ringgit

Artikel Sebelum

13 Motosikal Hangus

Artikel Berikut

Artikel Lain