PETALING JAYA: Semakin banyak kematian disebabkan tuberculosis (tibi) atau batuk kering setiap tahun, berbanding demam denggi mahupun komplikasi berkaitan virus HIV. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,945 kematian akibat tibi dari 25,739 kes tahun lalu, menunjukkan peningkatan 14.7 peratus berbanding 1,696 kematian dari 24,220 kes pada 2015. Jika dibandingkan, terdapat 237 kematian akibat demam denggi dari 101,357 kes tahun lalu dan 336 kematian dari 120,836 kes pada 2015. Pengarah Institut Perubatan Respitori, Datuk Dr Abdul Razak Muttalif berkata, pihak berkuasa kini bimbang terhadap jangkitan wabak seperti tibi, leptospirosis and rabies, yang mana sebelum ini berjaya dikawal tetapi kini kembali menunjukkan peningkatan jumlah kes. Beliau menambah, tibi dilihat mencatatkan kebanyakan paling tinggi berbanding semua penyakit berjangkit yang dilaporkan di negara ini. Malaysia berjaya mengurangkan kes tibi dari lebih 30,000 pada 1960 kepada kurang dari 6,000 kes pada pertengahan 1980an. Dr Abdul Razak bagaimanapun berkata, kes tersebut mencatatkan peningkatan secara berterusan dari pertengahan 1990an. Pada awalnya, beliau berkata, jumlah itu didorong oleh peningkatan kes HIV (dari kelemahan sistem imun) dan bilangan kecil pekerja asing pada 1990an. Menurut Dr Abdul Razak, satu faktor yang menyumbang kepada jumlah tinggi pada masa ini adalah kelewatan dalam diagnosis dan rawatan, sekali gus menyebabkan penularan penyakit. Satu sebab kelewatan diagnosis apabila pesakit berjumpa doktor kerana batuk. Beliau menambah bahawa tanpa kemudahan makmal, segelintir doktor tidak boleh melakukan pemeriksaan sinar-x pada bahagian dada untuk mengesannya lebih awal. Manakala ada yang menentukan tibi disebabkan faktor berisiko seperti mereka yang menghidapi diabetis dan HIV, termasuk banduan, penagih dadah dan pekerja asing. Dr Abdul Razak berkata, Malaysia mengesan lebih banyak kes kerana lebih ramai menjalani pemeriksaan. Sementara itu, leptospirosis yang juga dikenali sebagai penyakit kencing tikut terus menjadi kebimbangan di Malaysia apabila bilangan kes meningkat mendadak dari 2,268 pada 2011 kepada 8,291 pada 2015, walaupun bilangan itu menurun kepada 5,284 pada tahun lalu. Statistik menunjukkan 55 kematian disebabkan penyakit pada 2011, 78 (2015) dan 54 tahun (2016).