suria

Pesalah Rogol, Bunuh Minta Maaf

GEORGE TOWN: Seorang lelaki yang dituduh merogol dan membunuh mengaku bersalah dan memohon maaf kepada keluarga mangsa.

Tarmizi Yaakob dituduh merogol  Intan Suraya Mawardi,17, sebelum membunuhnya di kediaman mangsa di Teluk Kumbar pada 25 Oktober 2015.

Ketika di kamar perbicaraan, Tarmizi sambil menangis dan memohon maaf kepada keluarga mangsa yang duduk di barisan depan galeri awam.

"Tolong beritahu ibu bapanya saya minta maaf. Saya sangat menyesal," ujar Tarmizi.

Tarmizi, 22, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Khamis.

Situasi itu mengejutkan pendakwa dan peguambela, S.Yagoo yang meminta supaya mahkamah mempertimbangkan semula rayuan tersebut.

Beliau juga memohon supaya Tarmizi, yang telah disabitkan dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun pada Mei lalu, juga kerana kesalahan merogol pada tahun 2015, agar menjalani penilaian psikiatri.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Wahab Mohamed memerintahkan Tarmizi menjalani pemeriksaan psikiatri selama sebulan di Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan.

Rogol, bunuh, pesalah

Artikel Lain