suria

Polis Kedah Terima Amaran

SUNGAI PETANI: Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda dibaling Molotov koktel awal pagi Sabtu.

Menurut sumber polis, kejadian tersebut berlaku berhampiran pintu masuk utama dilakukan oleh dua suspek yang menaiki sebuah motosikal pada pukul 3.30 pagi.

Jelas sumber tersebut, anggota polis yang bertugas melihat dua lelaki menaiki motosikal berwarna kuning cuba menggantung kain rentang di pintu pagar.

Apabila anggota cuba menghampiri mereka, kedua-duanya melarikan diri tetapi sebelum itu turut melemparkan Molotov koktel ke arah pintu pagar.

Turut kelihatan kesan terbakar di atas jalan.

Pihak polis kemudiannya menemui kain rentang yang bertulis "amaran akhir untuk PDRM", dipercayai ada kaitan dengan tindakan kumpulan gangster di negeri itu.

Dia kemudian membuat laporan polis mengenai insiden pada pukul 4.44 pagi.

Bom koktel, PDRM

Artikel Lain