suria

Seorang Lagi Ditahan Kes FIC Beli Hotel

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pembantu kepada bekas Pengerusi Felda ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan pembelian sebuah hotel FIC di Kuching.

"Kita melakukan satu lagi tangkapan pada Selasa dan akan mendapatkan perintah reman terhadap individu itu petang ini. Dia merupakan pegawai khas kepada bekas pengerusi Felda," kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad pada Selasa.

Seorang pengarah syarikat direman selama enam hari bagi membantu siasatan pembelian hotel tersebut pada 2014.

Sementara itu, seorang pengarah berusia 57 tahun yang turut memiliki hotel tersebut ditahan di pejabat SPRM Kuching pada Sabtu.

Dia antara tiga individu yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes tersebut.

SPRM, FIC

Artikel Sebelum

Encik Nak Culik Saya Ke?

Artikel Berikut

Bahana Sambung Bulu Mata

Artikel Lain