PETALING JAYA: Penerbit radio 988 FM maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP). Tai Hwan Perng, 47 meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan dalaman di KM7.6 lebuh raya berkenaan arah Puchong kira-kira jam 3 petang, Isnin. Dipercayai Hwan Perng gagal mengawal kenderaannya mengakibatkan dia melanggar motosikal dan sebuah bas yang melalui kawasan itu. Kesan hentaman yang kuat juga telah menyebabkan bonet keretannya rosak teruk. Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal terlibat mengalami kecederaan ringan pada tangan dan kaki. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Assisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat. Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai memandu secara cuai hingga mengakibatkan kematian.