suria

BR1M Peringkat Ketiga Dibayar Mulai Esok

Gambar hiasan.

PUTRAJAYA: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia peringkat ketiga, yang juga pembayaran terakhir BR1M 2017, akan dibuat mulai Rabu bersempena sambutan Aidiladha yang dijangka pada 1 September ini.

Bagi permohonan yang lulus pada peringkat rayuan, pembayaran akan dibuat pada 29 Ogos ini.

"Kerajaan berharap pemberian BR1M dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Aidiladha kelak," kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut kementerian pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.

Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran, katanya.

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta e-mel kepada: [email protected]. - Bernama

BR1M

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain