suria

Kreatiflah Akak Ni...

PETALING JAYA: Menjelang sambutan Hari Kebangsaan yang bakal tiba tidak lama lagi, pelbagai cara dilakukan rakyat Malaysia untuk meluahkan rasa cinta kepada negara.

Terbaharu, Nurul Huda Harun berkongsi kreativitinya dalam menghasilkan roti jala merdeka di laman Facebooknya.

"Semangat kemerdekaan, menu roti jala... kreativiti dalam masakan. Ok tak sis buat?," soalnya.

Kebiasaannya, roti jala yang enak dimakan dengan kuah kari ayam atau daging itu dibuat dengan adunan berwarna kuning.

Tapi kali ini, hidangan tradisional itu kelihatan 'meriah' dengan kombinasi warna merah, putih, biru dan kuning menyerupai Jalur Gemilang.

Foto ihsan: FB Nurul Huda Harun.

Gambar roti jala merdeka cetusan idea Nurul Huda itu menjadi viral di laman Facebook.

Idea kreatif itu mendapat komen positif di kalangan netizen.

@ Shima Shaik Daud berkata:"Semangat sungguh, rajin sis."

@ Zuri Awang Abu berkata:"Sayang nak makan."

Namun ada segelintir netizen dalam nada berseloroh menegur Nurul Huda kerana jalur pada bendera Malaysia itu tidak mencukupi.

@Zam Brown berkata:"Cantik... terbaik... tapi tak aci sebab garis merah putih ade 11 je.... sepatutnya 14 kan...keh keh keh...hehehe (gurau)."

@Roziana Sudin berkata:"Sangat kreatif. Roti jala jalur gemilang... walaupun tak cukup 14 jalur tapi tetap hebat."

roti jala Merdeka

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain