KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dilarang untuk pergi ke Korea Utara sehingga diberitahu kelak. Kementerian Luar berkata larangan itu dikeluarkan berikutan ketegangan memuncak di Semenanjung Korea berhubung ujian peluru berpandu Korea Utara. Katanya, larangan itu akan dikaji semula apabila keadaan kembali normal. Untuk maklumat lanjut, rakyat Malaysia boleh menghubungi kementerian di talian +603-8000 8000 (semasa waktu pejabat) dan +603-88874570 (selepas waktu pejabat). Ketika ini, pasukan bola sepak Malaysia dijadual bertemu Korea Utara bagi aksi ketiga Kelayakan Piala AFC 2019 Kumpulan B di Pyongyang pada 5 Oktober depan. Namun tidak dapat dipastikan sama ada larangan perjalanan itu bakal menjejaskan perlawanan berkenaan.