suria

Setiausaha Politik Menteri Disambung Reman

PUTRAJAYA: Setiausaha politik menteri bergelar Datuk yang sebelum ini direman enam hari disambung tempoh tahanannya sehingga 7 Oktober depan.

Reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Siti Nabila Abdul Rashid selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Selasa.

Tahanan itu membantu siasatan berhubung penyelewengan dana bernilai RM40 juta yang sepatutnya disalurkan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Lelaki berusia 61 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Selain setiausaha politik menteri berkenaan, SPRM turut menahan empat individu termasuk seorang bergelar datuk di beberapa lokasi di Kuala Lumpur selepas disyaki terbabit dalam penyelewengan dana PTPK sebanyak RM40 juta.

Mereka bagaimana pun dibebaskan dengan jaminan SPRM pada 23 September lalu.- Sinar Harian

SPRM, PTPK

Artikel Sebelum

Kotak Hitam Disangka Bom

Artikel Berikut

Artikel Lain