KUALA LUMPUR: Kotak misteri yang ditemui di luar pusat membeli-belah Bukit Bintang kononnya mengandungi bom sehingga mencetuskan panik, sebenarnya berisi patung askar dan lipatan kertas. Namun polis tidak akan memandang ringan insiden pada malam Isnin dan sedang menjejak pelakunya. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Sukri Kaman berkata penemuan kotak misteri yang tidak berbahaya itu bagaimanapun tidak menghalang tugas polis daripada melakukan siasatan lanjut. Katanya, rakaman CCTV dari pusat membeli-belah itu menunjukkan seorang lelaki dipercayai warga asing meletakkan bungkusan bersaiz 10x5 sentimeter berdekatan kotak fius di pusat membelah-belah tersebut. Mohd Sukri berkata ia bukan tindakan keganasan. Kes itu diklasifikasikan sebagai intimidasi jenayah. Pasukan keselamatan pusat membeli-belah itu menghubungi polis apabila mereka menjumpai bungkusan mencurigakan kira-kira pukul 10 malam. Skuad pemusnah bom turut dikejarkan ke lokasi kejadian. Pakej itu dimusnahkan pada pukul 1.50 pagi.