suria

‘Tak Sangka Dapat Durian Runtuh’

Idah Basri.

PETALING JAYA: Idah Basri, wanita yang membuat kenyataan di laman Facebook nya mengenai wang tak dituntut (WTD) sehingga menimbulkan kekecohan orang ramai, tidak menduga akan mendapat durian runtuh berjumlah RM14,000.

Ahli perniagaan berusia 50-an itu, sebelum ini pergi ke Bahagian Perakaunan Menara Maybank, Kuala Lumpur, untuk membuat semakan masalah kad kredit.

Namun, dia tidak menyangka terdapat baki wang tak dituntut dalam akaunnya.

"Saya sangat terkejut, saya fikir tiada apa-apa dalam akaun bank lama saya.

"Seingat saya, saya tidak menutup akaun itu waktu sekolah dulu dan ada sedikit wang biasiswa yang ditinggalkan dalam akaun itu," katanya.

Idah yang juga pengasas syarikat produk herba, Seri Dewi Malam berkata, dia tidak menyedari posting di laman Facebooknya menjadi tular di media sosial.

Katanya lagi, ramai yang tidak faham dengan sistem perbankan dan menyangka wang dalam akaun yang sudah tidak aktif tidak boleh dituntut.

Posting di Facebooknya sebelum ini yang disertakan dengan gambar slip baki wang tuntutan dan beberapa tip ringkas untuk membuat proses tuntutan wang telah dikongsi sebanyak 19,000 kali dan menerima 6,900 like.

Idah turut mendedahkan dia baru sahaja mendapat RM752 dalam proses pembayaran semula awal bulan lepas dan sedang menunggu baki RM13,000 yang sedang diproses.

Katanya, dia akan menggunakan wang itu untuk mengembangkan perniagaannya.

WTD, Idah Basri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan