KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Warisan Sabah( Warisan) Datuk Peter Anthony dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat. Proses pembebasan itu dibuat di hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus yang tiba di bilik hospital, lokasi Peter dimasukkan ke wad kerana masalah kesihatan. Peguamnya, Martin Tommy berkata jaminan SPRM ditetapkan sebanyak RM50,000 dengan dua penjamin tempatan. "Beliau semakin pulih," katanya. Anthony ditahan SPRM pada 5 Oktober lalu. Pegawai Pendakwaan SPRM, Mohd Faliq Basiruddin yang mewakili SPRM berakta kertas kerja mengenai pembebasannya akan dilakukan di pejabat SPRM Sabah lewat Jumaat.