PETALING JAYA: Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 turun lapan sen, menjadi RM2.30 seliter dari RM2.38. Petrol RON97 turut turun pada kadar sama lapan sen, menjadi RM2.58 dari RM2.66 seliter. Harga diesel pula turun dua sen, menjadi RM2.23 dari RM2.25. Kesemua harga baharu itu berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam ini sehingga 29 November depan. Harga itu dimaklumkan menerusi laman Twitter dan Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK) petang Rabu.