suria

Lapangan Terbang Bali, Lombok Ditutup

PETALING JAYA: Lapangan terbang di Bali dan Lombok terpaksa ditutup menurut penasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh Lapangan Terbang Changi Singapura kerana letusan Gunung Agung yang semakin buruk.

"Lapangan terbang Bali dan Lombok ditutup sehingga tarikh yang akan diberitahu kemudian.

"Penumpang dinasihatkan menyemak laman web changiairport.com, aplikasi mudah alih iChangi atau syarikat penerbangan masing-masing untuk mengetahui tentang perkembangan terkini penerbangan," katanya melalui laman Facebook, Isnin.

Pada Ahad, Reuters melaporkan terdapat letusan gunung berapi tu menghantar bau abu dan wap gunung berapi lebih enam kilometer ke langit.

AirAsia juga mengumumkan bahawa syarikatnya telah membatalkan 32 penerbangan dan menjadualkan semula dua yang lain susulan aktiviti gunung berapi itu.

Gunung Agung meletus pada tahun 1963, membunuh lebih 1,000 orang dan memusnahkan beberapa kampung.

Malaysia Airlines turut mengumumkan akan membatalkan semua penerbangan antara Kuala Lumpur dan Denpasar-Bali pada Isnin.

"Syarikat penerbangan itu sedang memantau rapat situasi tersebut dan akan menyesuaikan operasi penerbangan masuk dan keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai sekiranya perlu," kata kenyataan syarikat itu.

gunung berapi, Bali, Lombok

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Nyaris Maut Dihempap Pokok

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan