SELAMA 15 tahun, warga emas M. Ramayee tinggal bersendirian di rumah usang di pinggir hutan di Kampung Hock Aun, Ipoh Perak. Akibat dihimpit pembangunan, nenek berusia 62 tahun ini diarah berpindah. Namun, kesusahan hidup membataskan Ramayee untuk akur dengan arahan itu walaupun terpaksa hidup tanpa bekalan elektrik dan air paip.