suria

“Saya Kecewa 10 Saat Sahaja”

Zairi (kiri) kini sudah menziarahi 68 masjid ketika memulakan ekspedisinya di Paya Jaras, Selangor sejak 6 Disember lalu. - Facebook/ Zairi bin Zainal

PETALING JAYA: Panggilan usikan atau lebih dikenali sebagai prank call oleh penyampai stesen radio ada kalanya menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan individu atau masyarakat.

Terbaharu, netizen mengecam tindakan sebuah stesen radio popular tanah air yang dianggap 'keterlaluan' ketika mengenakan seorang pengembara bebas yang mengumpul sumbangan untuk disalurkan kepada 320 masjid di negara ini.

Netizen bertanggapan insiden itu menyinggung perasaan Zairi Zainal yang bersungguh-sungguh ingin menziarahi masjid bagi melaksanakan nazarnya.

Zairi ketika dihubungi mStar Online pada Selasa berkata, dia sebenarnya langsung tidak berkecil hati dengan usikan tersebut dan menganggap ada hikmah yang tersembunyi di sebalik kejadian itu.

"Jangan kecam mereka (penyampai radio). Kalau mereka tak buat macam tu, orang luar pun tidak tahu tentang ekspedisi saya ini.

"Ada yang kata suara saya sedih apabila mengetahui ia adalah panggilan 'prank', saya akui agak kecewa tapi ia hanya untuk 10 saat sahaja. Asalkan mereka gembira, saya pun okay je," katanya sambil berseloroh.

Zairi bernazar untuk menjelajah ke 320 masjid di seluruh negara sekiranya Allah mengubah kehidupannya.

Jelas Zairi, dia turut tidak menyalahkan rakannya yang memuat naik mengenai kisah berkenaan di laman sosial kerana beranggapan rakan tersebut berhak berbuat begitu.

Katanya, rakannya itu mengetahui tentang jatuh bangun hidupnya dan berasa seakan Zairi telah 'dibuli' menerusi panggilan usikan tersebut.

Bagaimanapun, rakaman panggilan usikan yang dibuat Jumaat lalu hanya disiarkan pada Isnin dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

"Penyampai radio yang mengusik saya tu ada bagi sumbangan berbentuk wang tunai selepas panggilan itu dibuat (sebelum ia disiarkan).

"Sebenarnya, saya bukan perlukan wang sumbangan untuk diri saya, tetapi kalau ada yang nak tumpang bagi sumbangan dan amanahkan kepada saya untuk disalurkan kepada pihak masjid... saya boleh sampaikan," jelas Zairi lagi.

Rizal.

Menyingkap kisah di sebalik jumlah masjid yang ingin dikunjunginya, pemuda itu bernazar jika hidupnya berubah, dia akan menziarah masjid-masjid yang terdapat di negara ini mengikut angka umurnya.

"Sebelum ini saya hidup secara gelandangan selama tujuh bulan, kereta kena tarik dan cukai jalan tidak diperbaharui selama tiga tahun, namun Allah ubah hidup saya pada usia 32 tahun, sebab itulah saya memilih sebanyak 320 masjid untuk diziarahi.

"Saya ingin sampaikan sumbangan kepada masjid kerana rezeki yang dikurniakan kepada saya bukanlah milik saya sepenuhnya," kata pemuda yang pernah bekerja sebagai pengurus produksi itu.

Sementara itu, sebuah stesen radio swasta yang beroperasi di Johor, Best FM tersentuh dengan kesungguhan Zairi ingin menjelajah seluruh Malaysia dengan berbasikal ke 320 masjid.

Pengurus Besar Best FM, Rizal Sahimi berkata, pihaknya akan memberikan promosi percuma dari semasa ke semasa mengenai kedudukan terkini Zairi semasa melaksanakan eskpedisinya itu.

"Selain menyampaikan sumbangan derma kilat kepada Zairi pada petang tadi (Selasa), kami akan memaklumkan kepada pendengar mengenai destinasi beliau untuk membolehkan orang awam menyampaikan sumbangan.

prank call, Zairi Zainal

Artikel Sebelum

Tular Buat Charisa Takut!

Artikel Berikut

Artikel Lain