suria

Seorang Maut Dua Kereta Bertembung

Kemalangan maut yang membabitkan kereta jenis Proton Arena di Jalan Kampung Tongodon pada petang Rabu. - Facebook/Aeron Johnekol Tarining

KINABATANGAN: Pemandu sebuah kereta Proton Arena maut selepas bertembung dengan sebuah kereta pacuan empat roda di Jalan Kampung Tongodon, Tongod dekat sini, Rabu.

Mangsa dikenali sebagai Sadaing Tangah, 55, mati di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Nurul Azlan Jamalludin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai mangsa yang tersepit dalam kereta dalam kejadian itu pada jam 3.18 petang.

Katanya anggota bomba dari balai itu hanya tiba di tempat kejadian pada jam 5.02 petang disebabkan lokasi kejadian yang jauh terletak 143 kilometer dari balai bomba itu.

Menurutnya anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat duduknya.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

kemalangan maut

Artikel Sebelum

“Saya Sembunyi, Panggil Sem”

Artikel Berikut

Ada Apa Di Taif

Artikel Lain