suria

Jumpa Sang Bedal Dalam Semak!

KUANTAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaya menangkap buaya sepanjang 3.7 meter di Pekan dekat sini.

Pegawai Perhubungan Awam Pahang, Anuar Hassan, berkata pihaknya menerima laporan tentang kemunculan buaya itu di Pantai Air Leleh, Pekan kira-kira pukul 11 ​​pagi Sabtu.

"Seramai enam anggota bomba dihantar ke tempat kejadian dan menemukan buaya itu di semak.

"Pasukan bomba berjaya mengikat reptilia itu dan menyerahkannya kepada Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara untuk tindakan selanjutnya.

"Semuanya berada dalam keadaan terkawal pada 1.21 petang," katanya.

buaya

Artikel Sebelum

Cuaca Sejuk Landa Kedah, Perlis

Artikel Berikut

Artikel Lain