suria

Salah Eja: Malaysia Airports Mohon Maaf

PETALING JAYA: Malaysia Airports tampil meminta maaf terhadap kesilapan ejaan 'Mary' pada gegantung yang diletakkan di Lapangan Terbang Kota Bharu.

Ejaan yang dipaparkan adalah 'Mary Christmas', yang sepatutnya ditulis Merry Christmas.


Gambar kesalahan ejaan itu menjadi tular di media sosial.

Malaysia Airports memberitahu bahawa pihaknya telah menarik balik gegantung tersebut sebaik sahaja menyedari terdapat kesilapan ejaan.

"Ia tidak melibatkan lapangan terbang yang lain," jelas satu kenyataan di Facebook pada Ahad.

Bunting, MAS Airports

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain