suria

KKM Kesal ‘Tweet ’ Virus MERS-CoV

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada paparan di ruangan Twitter oleh seorang wanita mengenai anggota keluarganya yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Putrajaya kerana disyaki dijangkiti penyakit MERS-CoV dan ingin memberikan penjelasan lanjut mengenainya.

Untuk makluman, ujian makmal yang dijalankan ke atas sampel milik pesakit tersebut didapati negatif bagi jangkitan MERS-CoV.

Tindakan tidak bertanggungjawab menularkan maklumat tidak sahih (sehingga hampir 9,000 retweet) ini telah menimbulkan kerisauan di kalangan masyarakat dan adalah amat dikesali.

Kejadian jangkitan MERS-CoV yang telah mula dikesan oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semenjak 2012 lagi.

Sehingga kini, sejumlah 2,121 kes MERS-CoV yang disahkan melalui ujian makmal telah dilaporkan dari seluruh dunia dengan melibatkan 740 kematian.

Oleh itu, KKM ingin menegaskan bahawa penularan jangkitan MERS-CoV masih terus berlaku secara aktif melibatkan kes dari negara-negara di rantau Timur Tengah, khususnya Arab Saudi yang menyumbang kepada lebih 80% dari kes yang dilaporkan dari seluruh dunia.

Begitu juga, berdasarkan kajian yang dijalankan di beberapa buah negara di rantau Timur Tengah, mendapati bahawa terdapat perkaitan di antara virus MERS-CoV dan unta.

KKM sentiasa memantau dengan rapi perkembangan jangkitan MERS-CoV yang secara berterusan dilaporkan oleh pihak WHO.

Lebih-lebih lagi apabila ramai rakyat Malaysia yang mengambil kesempatan untuk mengerjakan ibadah umrah semasa musim cuti sekolah yang panjang, seperti sekarang ini kerana ianya berpotensi untuk mendedahkan mereka kepada risiko jangkitan MERS-CoV ketika berada di Tanah Suci. - Bernama

KKM, MERS-COV

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan