suria

Penjawat Awam, Pesara Dapat Bonus Hari Ini

PETALING JAYA: Seramai 1.6 juta penjawat awam dan 775,000 pesara kerajaan akan menerima bonus seperti diumumkan pada Bajet 2018 pada Isnin.

Ia diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Twitternya sebentar tadi.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, ia membabitkan bayaran khas pertama sebanyak RM1,000 bagi penjawat awam dan RM500 bagi pesara.

"InsyaAllah, bayaran khas pertama sebanyak RM1,000 bagi penjawat awam dan RM500 bagi pesara seperti yang saya umumkan dalam #Bajet2018 akan dibayar pada 8 Januari.

"Moga ia dapat dimanfaatkan," katanya.

Najib mengumumkan berita gembira itu pada Bajet 2018, bertemakan 'Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi, Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50, 27 Oktober lalu.

Ketika membentangkan Bajet 2018, Najib turut mengumumkan bayaran khas RM1,500 kepada semua penjawat awam iaitu RM1,000 akan dibayar pada awal Januari 2018 dan RM500 menjelang Aidilfitri.

Sementara itu, pesara kerajaan menerima bayaran khas RM750 iaitu RM500 dibayar pada Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri.

Bajet 2018, bonus

Artikel Sebelum

Anwar Tak Mungkin PM Ketujuh

Artikel Berikut

Artikel Lain