suria

Buat Pembelian, Kebajikan Dengan Kad NGO Negaraku

KUALA LUMPUR: Pelbagai program dilaksanakan dalam mengembangkan era digital yang semakin mendapat sambutan.

Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) tampil memainkan peranannya menjadi platform menyebarkan penggunaan digital yang amat tepat pada masanya.

Menyedari kepentingannya, KSP melancarkan program sulung bagi menyambut perkembangan era digital di Malaysia dengan Kad Digital NGO Negaraku.

Ianya bukan sekadar sekeping kad yang menawarkan diskaun yang luar biasa, lebih penting ia adalah permulaan bagi menggabungkan seluruh NGO di Malaysia.

Pengasas KSP, Dr Mohd Zamri Noordin berkata, program ini merupakan inisiatif pertama yang disediakan khas untuk semua ahli NGO dengan keistimewaan tersendiri.

Pelancaran Kad Digital NGO Negaraku baru-baru ini. (Mohd Zamri lima dari kanan).

“Pengenalan Mobile App NGO di bawah program ini hanya boleh diakses oleh pemegang kad NGO Negaraku untuk menikmati tawaran pembelian barangan terpilih dengan harga terbaik.

“Ia mempunyai kepelbagaian aplikasi yang bersesuaian untuk digunakan oleh NGO dan ahli-ahli termasuk aplikasi pengumpulan derma dan sumbangan secara digital.

“Dalam kata lain, ia bukanlah medan menerima diskaun, malah ia juga sebagai tempat untuk menzahirkan kebajikan secara digital untuk membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar,” ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Mohd Zamri, program ini diurus secara 'social enterprise' bagi memastikan setiap peserta dapat menikmati manfaat berganda.

“Ia turut memberi kesan kepada perkembangan kepada syarikat yang menyertai program ini untuk meningkatan perniagaan mereka.

“Pihak kami membuka peluang kepada mana-mana pengeluar untuk menyertai program ini dalam memberi keistimewaan kepada pengguna kad NGO ini.

“Setakat ini kami telah mengedarkan lebih kurang 30 ribu keping kad secara percuma kepada NGO, koperasi berdaftar,” tambahnya.

Kad Ngo Negaraku

Artikel Berikut

Artikel Lain