suria

Setiausaha Umno Bahagian Seremban Meninggal Dunia

SEREMBAN: Setiausaha Umno  Bahagian Seremban, M. Rosli Alias, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara pada Khamis.

Allahyarham yang berusia 54 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1 tengah hari ketika menjalani rawatan jantung di IJN sejak Selasa lalu.

Rosli, yang juga ahli majlis Majlis Perbandaran Seremban (MPS), meninggalkan isteri, Roslinda Abdullah, 48, dan enam orang anak.

Anak sulung Allahyarham, Nur Faizah, 30, berkata beliau menerima berita sedih itu melalui panggilan telefon daripada ibunya yang pergi ke IJN untuk menemankan ayahnya.

Beliau berkata Allahyarham, yang dikesan menghadapi masalah jantung Oktober tahun lepas, telah pergi ke IJN Selasa lalu untuk pemeriksaan rutin sebelum doktor menahan beliau di wad kerana difahamkan ada masalah pada jantungnya.

"Saya sangat sedih kerana ayah sepatutnya balik ke rumah di Taman Panchor Jaya, Seremban setelah selesaikan pemeriksaan rutinnya itu kerana dia akan mewalikan pernikahan saya esok (Jumaat)...tetapi saya mendapat berita sedih ini. Bagaimanapun saya redha," katanya kepada Bernama di sini.

Katanya, jenazah ayah akan dimandi dan dikapankan di IJN serta disembahyangkan di Masjid Kariah Taman Panchor Jaya sebelum disemadikan di Makam Haji Said di sini selepas Maghrib ini.- Bernama

M. Rosli Alias, Umno

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain