SIKAP tidak bertanggungjawab dan pentingkan diri pemandu sebuah kereta yang menukar laluan pada saat-saat akhir mengakibatkan seorang penunggang motosikal terjatuh dan terpelanting atas jalan raya di Danga Bay, Johor. Meskipun hon telah dibunyikan namun pemandu kereta terbabit nampaknya tetap berdegil untuk menukar laluan dan akhirnya mengundang kecelakaan. Nasib penunggang itu bagaimanapun tidak dapat dipastikan.