suria

Siasatan Terhadap Penganjur Maraton Diklafikasi NFA

Foto: Klang City International Marathon

SHAH ALAM: Siasatan terhadap penganjur acara Maraton Antarabangsa Bandar Klang 2017, Disember lepas, yang  tidak memiliki lesen penganjuran larian itu daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) , diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli dalam kenyataan berkata kes itu diletakkan sebagai status NFA atas arahan Jabatan Peguam Negara.

“Kertas siasatan kes itu telah di NFA pada 12 Februari lepas atas arahan Jabatan Peguam Negara dengan alasan Seksyen 36(1) Akta Pembangunan Sukan 1997 bukan satu peruntukan kesalahan yang boleh dipertuduhkan. Berikutan itu, tiada tindakan susulan yang akan diambil terhadap penganjur acara berkenaan yang mana sebelum ini disiasat di bawah akta berkenaan,” katanya.

Polis sebelum ini mengesahkan penganjur maraton itu tidak memiliki lesen penganjuran larian itu daripada PJS susulan kemalangan yang melibatkan tiga peserta acara larian di Jalan Kapar Klang, pada pukul 4.30 pagi, 10 Disember lepas.

Dalam insiden itu, seorang parah manakala dua lagi peserta larian cedera selepas dilanggar sebuah kereta dari arah belakang ketika acara maraton mengelilingi bandar itu sedang berlangsung.- Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain